PENGUMUMAN
Sumbangan penulisan dalam bentuk artikel

Orang ramai khususnya golongan penulis, akademik, penyelidik, dan pelajar IPTA/IPTS yang berminat adalah dijemput untuk tampil menyumbangkan penulisan bagi disiarkan di laman web Muzium Negara. Topik penulisan artikel mestilah berkaitan dengan bidang permuziuman seperti pameran, konservasi, pemasaran dan sebagainya. Penulis artikel yang terpilih akan menerima saguhati daripada pihak Muzium Negara sebagai penghargaan. Sila hantarkan penulisan anda kepada info@museum.gov.my.