Bagaimana hendak ke Muzium Negara
Bas
Menaiki bas RED GoKL dan turun di stesen Muzium Negara. Anda juga boleh menaiki bas KL Hop-on Hop-off dan turun di perhentian No. 07 untuk ke Muzium Negara.
KTM Komuter, LRT, Monorel dan ERL
Turun di stesen KL Sentral dan ikuti laluan stesen sambungan untuk ke MRT Muzium Negara.
MRT
Menggunakan MRT dan terus menuju ke Stesen Muzium Negara.
Kawasan Letak Kereta
Kawasan letak kereta yang selesa disediakan di Muzium Negara.
- RM 3.00 untuk Jam Pertama atau Sebahagian darinya
- RM 2.00 untuk Jam Berikut atau Sebahagian darinya
*Kadar bayaran di atas adalah termasuk 6% SST
Lokasi Menarik Berdekatan
Terdapat banyak lokasi yang menarik berdekatan dengan Muzium Negara antaranya adalah Taman Tasik, Tugu Negara, Taman Burung dan Taman Tasik Perdana.