Langkau ke kandungan utama
Keranda Kayu Balak

 

Keranda kayu balak banyak ditemui di beberapa gua batu kapur di daerah Sabah, antaranya gua di Sungai Lokan, Sungai Kinabatangan, Sungai Segama dan di beberapa gua yang lain. Dipercayai diperbuat daripada jenis kayu keras seperti kayu belian atau merbau. Pengkebumian keranda kayu balak biasanya disertakan dengan barang-barang kiriman keperluan harian seperti alat-alat senjata, makanan dan perhiasan diri.