Langkau ke kandungan utama

Melawat Muzium

Bagaimana hendak ke Muzium Negara


Bas

Menggunakan bas RapidKL No. 115 (bayaran RM 2.00 sehari untuk KL City Shuttle) dari KL Sentral. Perkhidmatan bas KL Hop-on Hop-off juga disediakan dan perhentian untuk ke Muzium Negara adalah di perhentian bas No. 12.

Komuter KTM dan Rapid Kelana Jaya Line (dikenali sebagai Putra LRT)

Dari KL Sentral anda perlu berjalan dalam lingkungan 0.5 km ke Muzium Negara dengan menggunakan susur jalan yang telah ditetapkan dengan mengikut papan tanda yang disediakan.

MRT

Menggunakan MRT dan terus menuju ke Stesen Muzium Negara.

Kawasan Letak Kereta

Kawasan letak kereta yang selesa disediakan di Muzium Negara.

  • RM 3.00 untuk Jam Pertama atau Sebahagian darinya
  • RM 3.00 untuk Jam Berikut atau Sebahagian darinya
  • RM 10.00 Sekali Masuk (Bas, Van & Teksi)
  • RM 50.00 Tiket Hilang (Denda)

*Kadar bayaran di atas adalah tidak termasuk 6% SST

Waktu Operasi : Selasa-Jumaat dan Cuti Umum / 9.00 pagi - 5.00 petang

Makanan dan Minuman

Menjamu selera dengan juadah makanan yang beraneka jenis serta makanan ringan yang terdapat di Kafeteria Muzium Negara. Makanan dan minuman adalah dilarang dibawa masuk ke Muzium Negara.

Kemudahan Lif dan Kerusi Roda 

Lif disediakan untuk pelawat berkerusi roda ke Muzium Negara. Kerusi roda juga disediakan atas permintaan. Sila berhubung dengan Kaunter Informasi Muzium Negara di (03) 2267 1111 (talian umum) untuk maklumat lanjut.

Mengambil Gambar

Fotografi dan mengambil video adalah dibenarkan di galeri pameran bagi tujuan kegunaan sendiri sahaja. Bagi tujuan komersial pula, sila dapatkan kebenaran dengan menulis kepada Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Muzium Malaysia.

Kedai Cenderamata Muzium

Terletak di aras bawah berdekatan dengan laluan keluar Muzium Negara. Terdapat beberapa koleksi menarik yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan seperti koleksi buku, video cakera padat dan ia boleh dibuat sebagai bahan kenangan serta hadiah semasa melawat Muzium Negara. Setiap bahan yang dijual mempunyai signifikan sejarahnya yang tersendiri.

Lokasi Menarik Berdekatan

Terdapat banyak lokasi yang menarik berdekatan dengan Muzium Negara antaranya adalah Taman Tasik, Tugu Negara, Taman Burung dan Taman Tasik Perdana.

Waktu Dibuka dan Bayaran Masuk

  • 9 pagi hingga 5 petang (Waktu Masuk Akhir adalah 4.00 petang)
  • Dibuka setiap hari kecuali hari pertama Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha
  • Ditutup setiap Isnin pertama setiap bulan

 

WARGANEGARA MALAYSIA
Dewasa RM 2.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) RM 1.00
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah  Percuma
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam Percuma
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam RM 2.00
Ahli International Council of Museums (ICOM)  Percuma
BUKAN WARGANEGARA
Dewasa RM 5.00
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun)  RM 2.00
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun Percuma
Ahli International Council of Museums (ICOM)  Percuma