Langkau ke kandungan utama
Model Kapal Portugis Flor De La Mar

 

Kapal Flor De La Mar merupakan sebuah kapal dari armada Portugis yang bertanggungjawab dalam penaklukan Melaka pada tahun 1511. Kapal ini merupakan salah satu daripada kapal-kapal yang turut serta dalam pelayaran pulang Alfonso de Albuquerque pada 20 Januari 1512 selepas selesai menakluki dan mengasaskan pentadbiran baru di Melaka.