Langkau ke kandungan utama

Unit Pameran

Unit pameran berperanan menjalankan pameran-pameran sementara bertema di Muzium Negara secara berkala. Pameran sementara merupakan salah satu medium yang menghubungkan institusi muzium dengan masyarakat. Pameran sementara juga turut memenuhi fungsi dan menjadi salah satu wahana penting bagi Muzium Negara dalam mengekal, mengumpul dan menyebarkan pengetahuan mengenai warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi negara. Pameran-pameran yang dianjurkan juga merupakan satu cara komunikasi kepada pelawat bertujuan untuk menyampaikan maklumat, idea dan emosi yang berkaitan dengan bukti-bukti material manusia dan persekitarannya, dengan bantuan kaedah visual dan teknik-teknik yang menarik.