Langkau ke kandungan utama

Unit Pendidikan dan Perhubungan Awam

Unit Pendidikan dan Perhubungan Awam Muzium Negara berperanan merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan dan promosi jangkau dalam dan jangkau luar Muzium Negara bagi memupuk dan menyebarluaskan lagi fungsi dan peranan Muzium Negara dalam kalangan masyarakat amnya dan pelawat amnya. 

Selain itu unit ini turut bertindak sebagai sebagai jurucakap bagi Muzium Negara dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan Muzium Negara dengan arahan dan persetujuan Pihak Pengarah. Unit ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan. Tanggungjawab unit ini juga adalah sebagai penyelaras Aduan Awam/ Pelanggan.


Fungsi Dan Peranan

  • Aktiviti Jangkau Dalam 
    • Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti jangkau dalam sepanjang tahun merangkumi aktiviti semasa pameran, aktiviti hujung minggu ataupun melibatkan perayaan dan cuti umum. 
    • Menyelaras dan melaksanakan pelaksanaan aktiviti pendidikan Inspirasi Muzium Inovasi Pelajar
    • Menyelaras permohonan daripada pihak sekolah, agensi kerajaan, swasta, NGO, orang perseorangan untuk melaksanakan aktiviti/kolaborasi di Muzium Negara.
    • Menjalin kerjasama pintar dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan program jangkau luar luar 

  •  Aktiviti Jangkau Luar 
    • Merancang dan melaksanakan aktiviti jangkau luar sepanjang tahun di lokasi terpilih sama ada melalui jemputan ataupun secara kerjasama. 
    • Menjalin kerjasama pintar dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan program jangkau luar.

  • Lawatan
    • Menyelaras permohonan lawatan daripada tetamu Negara, tetamu kehormat, pihak sekolah, agensi kerajaan, swasta, NGO, orang perseorangan untuk melawat Muzium Negara 
    • Menyelaras program lawatan berpandu Sukarelawan Muzium JMM di Muzium Negara. 

  • Aduan 
    • Memantau dan mengambil tindakan untuk kes-kes aduan dari Biro Pengaduan Awam (BPA), Laman Web, Media Sosial dan peti cadangan.

  • Media Massa
    • Memantau isu-isu berkaitan dengan muzium yang disiarkan melalui media massa. 
    • Menyelaras maklum balas laporan akhbar/ media massa yang menyentuh dasar dan operasi muzium

  • Publisiti 
    • Merancang & menyelaras aktiviti dan publisiti melalui media massa, merangkumi sidang akhbar, siaran media dan liputan media.
    • Merancang & menyelaras aktiviti dan publisiti melalui media sosial seperti program terkini, pameran dan peristiwa semasa di Muzium Negara. 
    • Merancang, menyelaras dan melaksanakan promosi luar seperti pusat membeli belah, lokasi pelancongan, kedai, sekolah , universiti, pejabat kerajaan dan swasta. 
    • Menyelaras rakaman dan siaran langsung TV/ Radio serta sesi temubual yang berkaitan dengan isu dan program-program
    • Menyelaras permohonan pihak media dan orang perseorangan bagi mengadakan liputan media, berita, penulisan rencana dan lain-lain yang bersangkutan dengan muzium dan aktiviti. 

  • Pemantauan gegantung/rerayap/papan tanda 
    • Merancang, menyelaras dan memantau bahan promosi mengenai Muzium Negara di perkarangan dan sekitar Muzium Negara khususnya semasa sesebuah program atau pameran berlangsung.