Penyelidikan adalah salah satu bidang teras yang memainkan peranan penting ke arah mencapai objektif Jabatan Muzium Malaysia (JMM) untuk memelihara, mengekal dan menyebarkan ilmu pengetahuan tentang warisan negara. Penyelidikan yang dijalankan di Muzium Negara khususnya terdiri daripada penyelidikan sejarah, budaya, pameran dan koleksi. Selain itu, perkhidmatan penyelidikan di Muzium Negara merangkumi;
- Memberi khidmat nasihat kepada para penyelidik yang melakukan penyelidikan di Muzium Negara.
- Menyediakan maklumat dan sumber rujukan Muzium Negara.
- Bersedia bekerjasama melaksanakan aktiviti penyelidikan dengan pihak sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Swasta (IPTS), agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.
Sebarang permohonan penyelidikan di Muzium Negara mestilah dibuat melalui Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi, Jabatan Muzium Malaysia. Sila muat turun Borang Permohonan Penyelidikan dan hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke alamat emel research.jmm@gmail.com
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
1. Cik Darniza bt Daut
Pengarah Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi
darniza@jmm.gov.my
2. En. Mohd Syahrul bin Ab. Ghani
Kurator Kanan Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi
syahrul@jmm.gov.my
Tel: +603-2267 1000 samb. 117/343/104
Atau
1. En. Muhammad Azam Adnan
Kurator Muzium Negara
azam@jmm.gov.my
Tel: +603-2267 1000 samb. 213
2. Pn. Noorhashafinaz Mohd Noor Azmi
Penolong Kurator Muzium Negara
sha@jmm.gov.my
Tel: +603-2267 1000 samb. 122