Pameran Kegemilangan Bola Sepak Malaysia

Tarikh: 12 Jun 2010 - 13 Julai 2010
Tempat: Muzium Negara

Catatan:
Mengembalikan nostalgia kegemilangan bola sepak negara ini yang bermula dengan Pestabola Merdeka tahun 1957 yang berprestij dan menjadi pembuka tirai dalam sejarah arena bola sepak di negara ini. Pameran ini merenung kembali jasa dan usaha YTM Tunku Abdul Rahman yang merupakan pengasas kepada Pestabola Merdeka yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan bola sepak di negara ini dan juga di Asia. Selain memaparkan siri perlawanan terhebat serta rekod kemenangan Malaysia sehingga mencetuskan kegemilangan bola sepak di negara ini, pameran ini turut menonjolkan wira dan jaguh bola sepak tanah air sama ada yang sudah meninggal dunia, bersara ataupun yang masih aktif kini, di samping pingat kemenangan masing-masing.




artifak warisan bm Muka Hadapan : "Sultan Zainal Abidin" dalam tulisan jawi. Muka Belakang : "Khalifatul Muminin" dalam tulisan jawi. Artifak ini telah diisytihar sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah