
Pameran Keindahan Koleksi Islam
Tarikh: 18 Disember 2009 - 16 Februari 2010Tempat: Muzium Negara
Catatan:
Memaparkan keunikan kesenian dan kreativiti koleksi Islam bersandarkan nilai-nilai keislaman. Koleksi ini merangkumi artifak dalam bidang senibina, muzik, seramik, alat domestik, keagamaan, ukiran, persenjataan dan sejarah. Pengumpulan koleksi bernilai ini merupakan artifak yang secara terpilih mewakili masyarakat negara ini dan hubungannya dengan masyarakat Islam lainnya di seluruh dunia. Keunikan kesenian ciptaan manusia yang bersendikan keimanan ini menggambarkan sikap positif yang dituntut oleh agama Islam seperti keharmonian, keberanian, kelembutan, adab dan sopan, kebenaran dan peraturan, qada’ dan qadar, kegembiraan, moral dan sebagainya.



Muka hadapan menggambarkan seekor kijang dan di sebelah belakang tertera perkataan “Malik Al Adil” dalam tulisan jawi. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.
