
Pameran Seramik 1 Malaysia
Tarikh: 26 Februari 2010 - 28 Mac 2010Tempat: Muzium Negara
Catatan:
Memaparkan tembikar zaman Pra Sejarah yang membuktikan kewujudan penempatan manusia awal di negara ini serta seramik biru putih yang menerangkan jalinan hubungan perdagangan dengan Negara China semasa era pemerintahan Dinasti Ming (1368 – 1644 Masihi). Turut dipamerkan seramik yang ditemui di dalam kapal karam di sepanjang perairan negara yang menjadi bukti wujudnya hubungan perdagangan di antara Malaysia dengan negara-negara luar seperti Thailand, China, negara-negara Eropah dan Timur Tengah sejak berkurun lamanya. Dengan kata lain, tembikar menjadi antara bukti sejarah paling penting dan berharga kepada kita semua dari pelbagai aspek, termasuk dari segi pensejarahan, pembuatan, kegunaan serta hubungkaitnya dengan kebudayaan manusia sejagat, khususnya di Asia Tenggara.



Tepak sirih milik Almarhum Sultan Abdul Samad (1859 – 1880), Selangor. Diperbuat daripada perak bersalut emas. Permukaan diukir timbul bunga ketumbit dan rama-rama serta lambang kerajaan negeri daripada emas. Mengandungi lima cembul dan kacip bersadur emas. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.
