Pameran Wira Tak Dicanang

Tarikh: 17 Ogos 2010 - 19 September 2010
Tempat: Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Catatan:
Menyingkap perjuangan segelintir anak bangsa yang terlibat secara bersama-sama dalam memainkan peranan bagi mencapai kemerdekaan negara. Dalam sesebuah perjuangan pembinaan negara bangsa, peranan pemimpin-pemimpin tertentu memberi pengaruh besar kepada masyarakat tempatan. Dalam naskhah sejarah, seringkali peranan atau sumbangan para pemimpin ini dipinggirkan kerana barangkali dilihat sumbangan mereka tidak begitu bernilai bagi sesetengah kelompok pengkaji dan masyarakat. Ini kerana kebanyakan daripada mereka cenderung memartabatkan tokoh-tokoh yang besar. Namun begitu, pameran ini akan memberi satu kelainan kerana ia akan mendedahkan kepada masyarakat umum tentang kesedaran terhadap sejarah bahawa tokoh-tokoh kecil turut memberi sumbangan yang besar kepada kemerdekaan dan kemakmuran tanah air yang kita kecapi sehingga ke hari ini.




artifak warisan bm Muka hadapan menggambarkan seekor kijang dan di sebelah belakang tertera perkataan “Malik Al Adil” dalam tulisan jawi. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah