
Demam Piala Dunia @ Muzium Negara
Tarikh: 27 Jun 2010 - 12 Julai 2010Tempat: Muzium Negara
Catatan:
Demam Piala Dunia kembali melanda. Temasya yang ditunggu-tunggu oleh berbilion-bilion umat manusia di seluruh dunia kini tiba jua akhirnya. Piala Dunia merupakan kemuncak tertinggi dalam saingan bola sepak dunia. Kejohanan berprestij yang diadakan empat tahun sekali ini akan disambut sebagai pesta sukan yang paling meriah di dunia. Kehangatan sorak ria, tangisan, kemahiran kawalan bola, jaringan emas dan mungkin jua kekecewaan merupakan warna-warni yang menghiasi adegan Piala Dunia. Sehubungan dengan itu, Jabatan Muzium Malaysia akan bersama-sama mengajak rakyat Malaysia merasai kehangatan ini di Muzium Negara melalui program khas Piala Dunia 2010.
Beberapa aktiviti sampingan yang menarik dan interaktif telah dirancang untuk dilaksanakan seperti tayangan secara langsung perlawanan tumpuan Piala Dunia, tayangan imbasan Piala Dunia, pertandingan Play Station 3, demonstrasi Freestyler dan penampilan selebriti bola sepak tempatan akan dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung.



Patung Avalokitesvara ini ditemui di sebuah lombong bijih timah milik Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ia diperbuat daripada gangsa dan mempunyai lapan tangan namun satu daripadanya telah patah. Mengikut pentarikhan, patung ini dianggarkan wujud antara kurun ke-7 hingga 12 Masihi pada zaman peradaban Hindu-Buddha. Berat patung ini ialah 140 paun dan tinggi 93 sm. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.
