Langkau ke kandungan utama
Lokomotif Wap (NO. 53101)

 

Lokomotif buatan Kitson & Co. England yang ketika itu berharga RM 121,600.00 mula digunakan oleh Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1921. Namun begitu pada bulan November 1969, perkhidmatannya diberhentikan di landasan keretapi utama Pantai Timur di Kelantan. Jarak perjalanan yang telah ditempuhinya lebih kurang 1 ½ juta batu. Ciri-ciri lokomotif wap ini ialah berat jentera dan gerabak pembawa bahan pembakar (kosong) 69 tan. Manakala jumlah berat jentera dan gerabak pembawa bahan pembakar (semasa digunakan) 88½ Tan. Jumlah panjang jentera dan gerabak pembawa bahan pembakar 59 kaki. Dihadiahkan kepada Muzium Negara oleh Keretapi Tanah Melayu pada November 1975.