Langkau ke kandungan utama

Sukarelawan Muzium JMM

SEJARAH RINGKAS SUKARELAWAN JMM

Sukarelawan Muzium telah dilancarkan secara rasmi pada 19 April 2007 di Muzium Negara, Kuala Lumpur oleh Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Dato ' Dr. Adi Haji Taha. Kumpulan sukarelawan yang pertama adalah terdiri daripada 20 wanita daripada pelbagai negara termasuk Malaysia dan 15 orang daripadanya telah berjaya tamat pengajian pada April 2007 dan bergelar Sukarelawan Muzium.  Mereka telah menghadiri latihan pertama yang meliputi ceramah budaya, warisan dan sejarah Malaysia. Terdapat juga bengkel panduan di Galeri Muzium yang dikendalikan oleh sukarelawan terlatih dari kumpulan sukarelawan Muzium Jakarta dan Singapura.  Kini terdapat kira-kira 160 orang sukarelawan muzium di Jabatan Muzium Malaysia yang terdiri daripada pelbagai negara, latar budaya dan agama serta bangsa yang mempunyai misi yang sama iaitu memberikan khidmat lawatan berpandu secara percuma kepada pelawat di Muzium Negara serta terlibat dalam aktiviti pendidikan dan pengembangan muzium. 

Untuk mendapatkan khidmat lawatan berpandu percuma oleh Sukarelawan Muzium di Muzium Negara, sila rujuk poster jadual lawatan berpandu.

Sukarelawan


Sukarelawan


Sukarelawan