Langkau ke kandungan utama

Penyelidikan

Penyelidikan adalah satu bidang teras dalam perkhidmatan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang memainkan peranan penting ke arah mencapai objektif JMM untuk memelihara, mengekal dan menyebarkan ilmu pengetahuan tentang warisan negara. Tiga jenis penyelidikan yang boleh dijalankan di Jabatan Muzium Malaysia adalah:

1. Penyelidikan Dalaman & Kolaborasi
Penyelidikan ini terdiri daripada kakitangan JMM yang menjalankan penyelidikan. Kolaborasi bersama institusi/agensi kerajaan juga adalah digalakkan.

2. Penyelidikan Luar Negara
Untuk penyelidikan dari luar negara perlu mendapatkan kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Ekonomi. Rujuk Portal Rasmi Kementerian Ekonomi untuk maklumat lanjut.

3. Penyelidikan Perseorangan
Individu perseorangan yang terdiri daripada pelajar mahupun individu dari institusi atau agensi-agensi kerajaan boleh memohon untuk melaksanakan penyelidikan di Jabatan Muzium Malaysia.

Untuk menjalankan sebarang penyelidikan di Muzium Negara atau muzium-muzium yang berada di bawah seliaan Jabatan Muzium Malaysia, permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula 1 April 2024 melalui sistem Museum Research Application (MUSRA).

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi:

Puan Intan Masayu binti Abdullah
Kurator, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
03-2267 1000 samb. 294 
intan.masayu@jmm.gov.my 

Cik Suriati binti Sulong 
Penolong Kurator, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
03-2267 1000 samb. 343 
suriati@jmm.gov.my