Langkau ke kandungan utama

Umum / General (14)

Muzium Negara dibuka setiap hari, 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Hanya ditutup pada hari pertama dan kedua Raya Aidilfitri dan hari pertama Raya Aidiladha. 

Muzium Negara tidak menyediakan perkhidmatan tempahan tiket secara dalam talian. Para pengunjung boleh datang secara walk-in dan membeli tiket di kaunter yang terletak di pintu masuk hadapan Muzium Negara.

Harga tiket masuk ke Muzium Negara adalah seperti berikut:

WARGANEGARA MALAYSIA
Dewasa RM 2.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) RM 1.00
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah  Percuma
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam Percuma
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam RM 2.00
Ahli International Council of Museums (ICOM)  Percuma
BUKAN WARGANEGARA
Dewasa RM 5.00
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun)  RM 2.00
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun Percuma
Ahli International Council of Museums (ICOM)  Percuma

Kami hanya menerima wang tunai sahaja buat masa ini.

Ya, kami menyediakan perkhidmatan kerusi roda untuk warga emas dan yang memerlukan. Anda boleh memohon penggunaan kerusi roda di pintu keluar Muzium Negara.

Lawatan berpandu di Muzium Negara dikendalikan oleh Sukarelawan Muzium Jabatan Muzium Malaysia dalam 6 bahasa. Anda boleh memohon lawatan berpandu secara walk-in (terhad) di kaunter informasi Muzium Negara atau membuat tempahan 2 minggu sebelum tarikh lawatan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan jadual lawatan berpandu, layari laman sesawang Sukarelawan Muzium JMM di https://museumvolunteersjmm.com/mv-tours-at-muzium-negara/.

Lost & Found terdapat di kaunter informasi Muzium Negara.

Muzium Negara menggalakkan pelawat memakai pakaian yang sopan.

Rak penyimpanan barang disediakan di kaunter informasi Muzium Negara. 

Pelawat dilarang sama sekali membawa makanan dan minuman ke dalam galeri pameran tetap muzium.

Untuk permohonan membuat rakaman di Muzium Negara, anda perlu menghantar permohonan kepada Unit Sumber Media, Jabatan Muzium Malaysia. Layari http://www.jmm.gov.my/ms/unit-sumber-media untuk maklumat lebih lanjut. 

Anda boleh menggunakan Wi-Fi Muzium-Negara-GUEST secara percuma.

Menggunakan mod perkhidmatan keretapi, anda boleh menaiki MRT dan turun di stesen Muzium Negara. Atau, boleh menaiki KTM/LRT/ERL/Monorel dan turun di stesen KL Sentral di mana anda perlu berjalan selama 10 minit melalui stesen sambungan ke MRT Muzium Negara.

Untuk perkhidmatan bas, anda boleh menaiki bas RED GoKL terus ke perhentian bas Muzium Negara.

Jika anda ingin membawa kenderaan sendiri, kami menyediakan kadar parking seperti berikut:

  • - RM3.00 untuk jam pertama atau sebahagian darinya
  • - RM2.00 untuk jam berikut atau sebahagian darinya
  • - RM50.00 tiket hilang (denda)
  • * Kadar bayaran di atas adalah tidak termasuk 6% SST

Untuk sebarang maklum balas, anda boleh mengisi borang ini dan kami akan mengambil maklum dan membuat tindakan yang sewajarnya secepat mungkin. Untuk sebarang pertanyaan, boleh emel kepada kami di pr.mn@jmm.gov.my. Kami sangat mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada anda untuk menambah baik mutu perkhidmatan kami pada masa akan datang. 

Koleksi dan Gambar / Collections and Pictures (4)

Untuk membuat penyelidikan artifak/koleksi, anda boleh berurusan terus dengan Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Jabatan Muzium Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.jmm.gov.my/ms/penyelidikan.

Boleh, gambar yang terdapat di laman sesawang atau media sosial kami adalah percuma untuk digunakan oleh orang awam. Anda digalakkan untuk memberi kredit kepada pihak Muzium Negara sekiranya gambar-gambar tersebut digunakan.

Untuk sebarang gambar beresolusi tinggi untuk kegunaan komersial, anda boleh berhubung terus dengan Unit Sumber Media, Jabatan Muzium Malaysia. Layari http://www.jmm.gov.my/ms/unit-sumber-media untuk maklumat lebih lanjut.

Lawatan dan Latihan Industri / Visits and Internships (7)

Untuk lawatan sekolah/universiti, sila rujuk panduan di sini. Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh menghubungi 03-2267 1111 atau emel di tourmuziumnegara@gmail.com.

Ya, kami menyediakan modul latihan untuk pelajar yang akan dihantar bersama surat kelulusan permohonan melalui emel. Penyelaras lawatan perlu mencetak sendiri modul yang disediakan sebelum datang membuat lawatan ke Muzium Negara.

Ya, Muzium Negara membuat aktiviti jangkauan luar yang boleh dimohon melalui surat rasmi/emel kepada Pengarah Muzium Negara di alamat emel zamrul@jmm.gov.my.

Pengambilan pelajar praktikal bergantung kepada keperluan dan kekosongan di Jabatan Muzium Malaysia. Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di Jabatan Muzium Malaysia perlu menghantar resume beserta permohonan rasmi daripada pihak Universiti/Institusi. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.jmm.gov.my/ms/content/pembangunan-modal-insan.

Untuk melakukan penyelidikan/temubual dengan pihak Muzium Negara, anda boleh berurusan terus dengan Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Jabatan Muzium Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.jmm.gov.my/ms/penyelidikan

Anda boleh memohon melalui surat rasmi/emel kepada Pengarah Muzium Negara di alamat emel zamrul@jmm.gov.my.