Langkau ke kandungan utama
Lokomotif Wap bersaiz kecil

 

Lokomotif kelas ‘T’ ini adalah salah satu dari 5 enjin bertangki kecil yang dibina oleh W.G. Bagnall Limited of England dalam tahun 1927. Lokomotif-lokomotif tersebut dilengkapi dengan ‘Plates Frame’ dan gerabak kuda. Merupakan enjin pertama buatan British yang mempunyai tempat pembakar yang diperbuat daripada besi (Steel Fireboxes) dan yang pertama dibawa masuk untuk kegunaan Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1929. Lokomotif ini telah digunakan untuk perkhidmatan pelabuhan yang berpengkalan di Singapura dan Port Swettenham (sekarang pelabuhan Kelang) sehingga tahun 1964. Berat keseluruhannya ialah 31 tan dengan 1 ½ tan minyak dan 750 gelen air.