Langkau ke kandungan utama
Megalit

 

Megalit atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup oleh penduduk tempatan (Malaysia) hanya terdapat di daerah Alor Gajah, Melaka dan di daerah Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, Negeri Sembilan. Megalit di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu batu-batu yang tingginya di antara dua hingga enam kaki disusun berorientasikan arah utara-selatan secara berpasangan dan diatur di dalam barisan timur-barat. Jenis kedua batu yang tinggi lebih kurang satu kaki dan tidak mempunyai susunan yang khusus. Kebanyakkan megalit di semenanjung tergolong dalam jenis pertama biasanya didirikan di atas tapak tanah yang berbusut. Biasanya terdapat satu batu yang terbesar dan sering diberi nama khas oleh penduduk tempatan. Pasangan megalit yang didirikan ini berasal dari tapak yang diekskavasi di Tampin, Negeri Sembilan. Di dalam ekskavasi ini tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tapak-tapak megalit ini tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tapak-tapak megalit di Semenanjung Malaysia adalah tapak bersejarah atau tanah perkuburan seperti yang dipercayai oleh masyarakat tempatan.