Langkau ke kandungan utama
Perahu Petala Indera

 

Bentuk dan ragam hias perahu ini diambil dari model asal perahu Diraja Kelantan yang dinamakan sebagai Petala Indera. Dalam sejarah kebudayaan Melayu pra-Islam, perahu Petala Indera ini diukir dengan kepala yang berbentuk burung Garuda atau Gagak Sura. Pemilihan nama perahu dibuat adalah berdasarkan nama burung mitologi yang menjadi kenderaan para dewa serta sentiasa berada di alam cekerawala iaitu tempat paling tinggi. la juga sebenarnya menjadi lambang terhadap kepercayaan bahawa kedudukan dan kuasa raja yang berada di atas dari segala lapisan masyarakat. Pengaruh kepercayaan ini dikatakan berasal dari legasi kepercayaan masyarakat Melayu purba khususnya zaman Langkasuka-Patani.