Langkau ke kandungan utama
Perahu Sekoci

 

Sekoci merupakan perahu tradisi bersaiz kecil yang terkenal di negeri Terengganu. Perahu ini digunakan untuk aktiviti memancing, mencadat sotong dan memukat ikan dengan menggunakan pukat kecil di sekitar persisiran pantai. Sekoci juga merupakan perahu nelayan persendirian di negeri tersebut.