Langkau ke kandungan utama

Muzium Negara

PAMERAN DAN PROGRAM

MENGENAI KAMI

Idea penubuhan Muzium Negara telah dicetuskan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Bangunan ini dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor (1906-1945). Pada masa Perang Dunia Kedua, sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh akibat pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Berikat pada 10 Mac 1945. 

“Banyak sebab2-nya kenapa mustahak di-adakan tempat yang sesuai bagi menggambarkan chara kehidupan kita pada masa yang lepas dan juga pada masa sekarang ini. Satu daripada-nya ia-lah bagi menambahkan kekayaan dalam pelajaran dan kebudayaan. Oleh sebab itu-lah, patek fikir sangat munasabah jika bangunan Muzium ini di-buat dengan chara bentok asli.”

 

-YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama-