Bagaimana hendak ke Muzium Negara
Bas
Menaiki bas RED GoKL dan turun di stesen Muzium Negara. Anda juga boleh menaiki bas KL Hop-on Hop-off dan turun di perhentian No.20 untuk ke Muzium Negara.
KTM Komuter, LRT, Monorel dan ERL
Turun di stesen KL Sentral dan ikuti laluan stesen sambungan untuk ke MRT Muzium Negara.
MRT
Menggunakan MRT dan terus menuju ke Stesen Muzium Negara.
Kawasan Letak Kereta
Kawasan letak kereta yang selesa disediakan di Muzium Negara.
- RM 3.00 untuk Jam Pertama atau Sebahagian darinya
- RM 2.00 untuk Jam Berikut atau Sebahagian darinya
*Kadar bayaran di atas adalah termasuk 6% SST
Muzium / Galeri Berdekatan
Terdapat beberapa muzium / galeri lain yang berada di dalam kompaun Muzium Negara yang anda boleh lawati antaranya:
- Muzium Etnologi Dunia Melayu
- Muzium Seni Kraf Orang Asli
- Pameran Sementara (Galeri 1 & 2) yang memaparkan pameran bertema yang berbeza setiap tiga hingga enam bulan
Lokasi Menarik Berdekatan
- Taman Tasik Perdana
- Tugu Negara
- Taman Burung
- NU Sentral