LAWATAN BERPANDU PERCUMA
Sertai lawatan berpandu percuma di Muzium Negara yang dikendalikan oleh Museum Volunteers, Jabatan Muzium Malaysia. Sesi lawatan berpandu ini mengambil masa kira-kira satu hingga dua jam, bergantung kepada jadual dan minat pengunjung. Kandungannya merangkumi:
- Gambaran keseluruhan sejarah Malaysia bermula dari zaman prasejarah sehingga ke era kemerdekaan, dari Galeri A ke Galeri D
- Penterjemahan budaya, adat dan kepercayaan yang terdapat di Malaysia
- Penceritaan tentang koleksi dan artifak yang dipamerkan di dalam galeri
JADUAL LAWATAN BERPANDU PERCUMA
Untuk lawatan secara individu atau berkumpulan kecil, kami menggalakkan anda untuk menyertai sesi lawatan berpandu secara “walk-in” pada jam 10 pagi mengikut jadual yang telah ditetapkan:
- Bahasa Inggeris: Isnin hingga Sabtu
- Bahasa Perancis: Setiap Khamis dan Sabtu pertama setiap bulan
- Bahasa Jepun: Setiap Selasa, Jumaat dan Sabtu
- Bahasa Mandarin: Tempahan diperlukan. Klik di sini.
- Bahasa Korea: Setiap Selasa, Rabu dan Sabtu kedua dan ketiga setiap bulan
CARA MEMOHON
Untuk kedutaan, agensi, organisasi atau sekolah, permohonan boleh dibuat dengan menghantar emel yang menyatakan butiran lawatan anda kepada pr.mn@jmm.gov.my.
Permohonan ini haruslah dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh lawatan. Keputusan permohonan akan bergantung pada ketersediaan sukarelawan muzium dan pemohon akan dihubungi melalui emel.
MINGGU/ HARI |
ISN | SEL | RAB | KHA | JUM | SAB | AHA |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 |
English |
English Korean Japanese |
English Korean |
English French |
English Japanese |
English Japanese French |
|
2 | English |
English Korean Japanese |
English Korean |
English French |
English Japanese |
English Korean Japanese |
|
3 | English |
English Korean Japanese |
English Korean |
English French |
English Japanese |
English Korean Japanese |
|
4 | English |
English Korean Japanese |
English Korean |
English French |
English Japanese |
English Japanese |
|
5 | English |
English Korean Japanese |
English Korean |
|
Muzium Negara AR merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan orang ramai untuk mendapatkan informasi 28 koleksi terpilih di Muzium Negara dalam bentuk kandungan multimedia realiti terimbuh atau augmented reality (AR) 2D dan 3D. Walau bagaimanapun, pengalaman AR ini hanya boleh dirasai oleh pengunjung yang melawat ke Muzium Negara sahaja. Pengunjung perlu memuat turun aplikasi sebelum atau semasa berkunjung ke Muzium Negara dan mengimbas penanda QR yang tersedia untuk merasai pengalaman tersebut. Muzium Negara AR beroperasi dengan persekitaran sistem Android 7.0 ke atas dan iOS 12 ke atas dan telah sedia untuk dimuat turun melalui pelantar Google Play, App Store dan Huawei AppGallery.
Selain pengalaman AR, aplikasi ini merupakan pelantar kepada pengunjung Muzium Negara untuk merasai pengalaman maya dan mendapatkan info-info seperti maklumat umum Muzium Negara (harga tiket, waktu operasi, lawatan berpandu dan lain-lain), pelan kawasan dan pelan lantai Muzium Negara, fasiliti dan kemudahan yang tersedia, maklumat setiap galeri (info umum, segmen dan kedudukan), suapan berita program dan aktiviti semasa, trivia bangunan Muzium Negara, pelantar media sosial Muzium Negara (laman web, Facebook, Instagram, TikTok & Telegram) dan lokasi tarikan pelancong yang terdekat.
Muzium Negara menawarkan perkhidmatan lawatan berpandu dalam bentuk audio dan skrip, yang memperkenalkan beberapa pameran penting di galeri tetap Muzium Negara. Panduan ini disediakan dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Mandarin, Perancis dan Korea.
Pelawat boleh mengakses lawatan berpandu dengan mengimbas kod QR yang disediakan di kaunter informasi Muzium Negara atau, dengan memuat turun aplikasi percuma izi.travel (hanya untuk panduan audio) daripada Google Play Store atau Apple App Store. Anda disyorkan untuk memuat turun kandungan terlebih dahulu semasa disambungkan ke Wi-Fi untuk panduan yang lebih lancar.
Pelawat dinasihatkan untuk membawa telefon bimbit dan fon kepala sendiri, dan selamat menerokai Muzium Negara!