Langkau ke kandungan utama
Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium
-
Muzium

Matlamat program ini adalah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dengan memberi pengalaman pembelajaran di institusi muzium.  Di samping itu, guru boleh menjadikan institusi muzium sebagai sistem sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mantap dalam usaha peningkatan kemenjadian murid.

Selaras dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) yang menitik beratkan usaha memupuk minat pelajar menghayati sejarah turut  menguatkan  konsep  IPIM sebagai suatu program yang amat relevan yang harus direalisasikan. Sehubungan itu, program IPIM ini secara langsung dapat menzahirkan aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, identiti nasional, kemahiran dwibahasa serta etika dan kerohanian dengan menggunakan modul-modul permuziuman yang dirangka bagi membantu PdP.

Program IPIM adalah program pembangunan sahsiah pelajar dan guru di sekolah yang menggalakkan setiap pelajar dari Tahun 4 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah melawat muzium sekurang-kurangnya sebuah muzium pada satu tahap persekolahan. Program ini juga menggalakkan setiap siswa pendidik di IPG dan IPTA melawat dan menjalankan kegiatan sekurang-kurangnya di satu buah muzium dalam tempoh sesi pengajian yang dikendalikan secara terancang dan sistematik.

Layari laman web IPIM (https://ipim.jmm.gov.my/) untuk permohonan program dan maklumat lanjut.