Langkau ke kandungan utama
Kereta Proton Saga

 

Proton Saga buatan Malaysia kelas 1.3 liter ini merupakan salah satu daripada 30 buah kereta pertama yang dikeluarkan diperingkat pengeluaran ujian. Kereta ini siap pemasangannya pada hari Khamis 18 April 1985, jam 2.30 petang. Disumbangkan kepada Muzium Negara oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Jamil bin Jan yang mewakili Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) juga merangkap Pengerusi Proton kepada YB. Datuk Sulaiman bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada hari Selasa 15 Ogos 1985 untuk tatapan umum.