Langkau ke kandungan utama
Pameran Evolusi Mata Wang
-
Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia

Pameran Evolusi Mata Wang membentangkan tentang kronologi sejarah mata wang di Malaysia, bermula dengan mata wang awal yang digunakan di negeri-negeri Melayu dan Borneo termasuk Sabah dan Sarawak sehingga ke mata wang yang terkini iaitu Ringgit Malaysia yang termasuk dalam bentuk digital melalui pelbagai saluran digital seperti pengendali e-dompet yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan saluran pembayaran DuitNow. Tujuan pameran ini juga adalah untuk menyebarkan maklumat tentang perkembangan mata wang negara dan sekaligus memperkayakan lagi pengetahuan rakyat Malaysia mengenai sejarah perkembangan mata wang tanah air. Dari perspektif sejarah, memupuk kesedaran tentang asal usul masa lampau adalah penting bagi menanamkan rasa cinta seseorang terhadap khazanah dan bangsanya.

Pameran ini dianjurkan oleh Malaysia Numismatic Society dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Muzium Malaysia.