Langkau ke kandungan utama

Unit Pendidikan

Aktiviti pendidikan diadakan bertujuan untuk memupuk dan menyebarluaskan lagi fungsi dan peranan Muzium Negara sebagai institusi pendidikan tidak formal yang memartabatkan warisan, sejarah, alam semulajadi dan budaya dalam kalangan masyarakat amnya dan pelawat khasnya. 

Unit Pendidikan berperanan dalam:

  • Merancang dan membangunkan program pendidikan jangkauan dalam dan jangkauan luar untuk pengunjung, institusi pendidikan dan kumpulan tertentu;
  • Melaksana IPIM atau Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium yang merupakan aktiviti pendidikan yang dirangka khusus dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi para pelajar sekolah rendah dan menengah mempelajari dan memahami sejarah dengan sokongan koleksi-koleksi berkaitan yang dipamerkan di Muzium Negara;  
  • Menyelaras permohonan lawatan daripada pihak sekolah dan universiti yang berhasrat untuk melakukan lawatan ke Muzium Negara, dan;
  • Penyelaras lawatan berpandu untuk Sukarelawan Muzium JMM.