Langkau ke kandungan utama

Unit Pengurusan Muzium Dan Hubungan Seranta

Unit Pengurusan dan Perhubungan Awam merupakan sokongan penting kepada fungsi utama Muzium Negara untuk memastikan dasar dan matlamat Muzium Negara dapat dicapai dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan kepada semua pihak khususnya pelanggan utama Muzium Negara iaitu pelawat. 

Unit ini bertanggungjawab untuk:

  • Merancang, melaksana dan memperbaiki perkhidmatan sokongan yang merangkumi pengurusan kaunter, pengurusan personel, pentadbiran, aset, perolehan dan kewangan;
  • Bertindak sebagai jurucakap dalam menyampaikan maklumat, fakta dan situasi yang berkaitan dengan Muzium Negara mengikut arahan dan persetujuan Pengarah Muzium;
  • Menguruskan perhubungan awam antara media dan Muzium Negara dalam merancang dan menyebarkan maklumat secara berkesan;
  • Menyelaras aduan dan maklumbalas orang awam dan pelanggan untuk diambil tindakan yang sewajarnya;
  • Menyelaras permohonan lawatan daripada agensi kerajaan, swasta, NGO dan orang perseorangan yang berhasrat untuk melakukan lawatan ke Muzium Negara, dan; 
  • Melaksanakan pelbagai program sisipan secara berkala sebagai daya tarikan kepada pelawat untuk melawat Muzium Negara.