Langkau ke kandungan utama
Kepala Perahu

 

Kepala perahu yang berbentuk kepala naga ini diperbuat daripada kayu nangka dan diukir dengan motif sulur kacang dalam bentuk awan larat. Ia digunakan untuk menghiasi haluan perahu diraja Melayu. Kepala perahu ini milik kerabat Diraja Pahang pada akhir kurun ke-19. Dianggarkan berusia lebih 100 tahun.