Langkau ke kandungan utama
Kereta Kabel Bukit Bendera, Pulau Pinang

 

Koc ini telah digunakan di Bukit Bendera, Pulau Pinang yang merupakan satu-satunya jenis pengangkutan yang terdapat di Asia Tenggara, direka dan dikeluarkan oleh Syarikat Swiss. Koc ini digunakan pada 21 Oktober 1923 hingga Disember 1977 apabila digantikan dengan koc yang moden dan lebih besar. Koc ini boleh menampung sehingga 50 orang penumpang. Berat badan tanpa muatan ialah 7.5 tan dan boleh membawa muatan sebanyak 2.5 tan. Koc ini telah dihadiahkan kepada Muzium Negara oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 23 Jun 1978.