Langkau ke kandungan utama
Makara

 

Makara merupakan simbolik daripada gabungan elemen dua haiwan yang mewakili unsur-unsur tertentu. Makara yang dipamerkan ini mempunyai bentuk gajah dan ikan, iaitu simbol haiwan yang berkuasa di darat dan di laut yang diukir daripada sebuah bongkah batu yang besar. Pada masa dahulu, makara (lazimnya berpasangan) digunakan sebagai hiasan di tangga pintu masuk utama sesebuah bangunan seperti candi. Makara ini ditemui di Kampung Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah; dipercayai dari abad ke-7 Masihi.