Langkau ke kandungan utama
Mini Pameran Tahun Baru Cina
-
Dewan Tengah, Muzium Negara

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan utama bagi masyarakat Cina di Malaysia. Perayaan ini disambut secara besar-besaran pada hari dan bulan pertama mengikut kalendar lunar Cina sebagai menandakan kedatangan tahun baru yang diyakini membawa tuah. Masyarakat Cina percaya bahawa Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan nasib dalam kehidupan seseorang. Malam Tahun Baru diraikan dengan jamuan makanan tradisi seperti kuih bakul, limau mandarin dan Lao Shang sebagai simbol kesejahteraan dan kemakmuran.  

Pameran mini ini mempamerkan beberapa koleksi penting berkaitan budaya, warisan dan kesenian Cina. Pengunjung akan berpeluang untuk melihat seni kaligrafi Cina, pakaian tradisional, alat muzik dan acuan kuih yang biasa digunakan dalam masyarakat Cina.