Langkau ke kandungan utama
Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia
-
Galeri 2 Jabatan Muzium Malaysia

 

Pameran ini memperkenalkan sejarah perfileman di Malaysia daripada pelbagai aspek, seperti kemunculan kamera filem di Tanah Melayu pada awal tahun 1920-an hingga terbitnya filem cereka pertama (senyap dan tanpa suara) dan perkembangan industri pempamer dan penerbitan.

Pameran ini turut memperkenalkan karyawan-karyawan yang telah terlibat dalam mencorakkan dan mewarnai dunia perfileman Malaysia selama 100 tahun. Filem atau sinema Malaysia memainkan peranan yang penting dalam proses pembudayaan bangsa. Sejak dari Xin Ke (1926) sehingga Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022), lebih daripada 1500 filem tempatan telah diterbitkan semenjak era studio sehinggalah wujudnya syarikat penerbitan persendirian dan bebas seperti sekarang.