Langkau ke kandungan utama
Sambutan 60 Tahun Muzium Negara
-
Muzium Negara

 

Perasmian Muzium Negara yang telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-III, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963 merupakan antara peristiwa bersejarah negara kerana Muzium Negara merupakan satu-satunya institusi permuziuman negara yang bercirikan identiti nasional negara setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 pada ketika itu. Sejak perasmiannya, Muzium Negara terus mengorak langkah dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat menerusi aspek penyelidikan, koleksi, pameran, penerbitan dan konservasi serta program pendidikan dan pengembangan sehingga menginjak ke dekad ke-6 pada tahun 2023.

Bersempena ulang tahun ke-60 pada tahun ini, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menerusi Muzium Negara telah merangka pelbagai program dan aktiviti selama 4 hari iaitu dari tarikh 31 Ogos hingga 3 September 2023, bertempat di Dataran Muzium Negara. Pelbagai program menarik akan disajikan kepada para pengunjung sepanjang empat hari sambutan ini berlangsung seperti Pameran 60 Tahun Muzium Negara: Satu Retrospektif, Malam Gema Puisi, Mini Konsert, Majlis Apresiasi Media & Rakan Strategik, Larian 60 Tahun Muzium Negara, pelancaran Kapsul Masa, penyertaan Malaysia Book of Record dan pelbagai lagi aktiviti lain. Manakala, program-program sisipan menarik yang lain adalah seperti persembahan kebudayaan, cabutan bertuah, pertandingan serta reruai agensi swasta dan kerajaan. Sambutan ini juga merupakan salah satu inisiatif JMM dalam mempromosikan program Citra Nusa yang bertunjangkan gagasan Malaysia Madani sekaligus menguatkan jalinan ikatan perpaduan teguh ke arah mewujudkan satu bangsa Malaysia yang harmoni. 

 

Program Sambutan 60 Tahun Muzium Negara

Jadual Aktiviti & Persembahan Pentas

Pameran

Larian 60 Tahun

Pendaftaran: https://bit.ly/LMUZN23

Perasmian

Malam Apresiasi

MBOR

esport

Gerai Jualan

Persembahan Buskers & Kebudayaan

Cabutan Bertuah

Suara Retro

Suara Viral