Menggunakan mod perkhidmatan keretapi, anda boleh menaiki MRT dan turun di stesen Muzium Negara. Atau, boleh menaiki KTM/LRT/ERL/Monorel dan turun di stesen KL Sentral di mana anda perlu berjalan selama 10 minit melalui stesen sambungan ke MRT Muzium Negara. Untuk perkhidmatan bas, anda boleh menaiki bas RED GoKL terus ke perhentian bas Muzium Negara. Jika anda ingin membawa kenderaan sendiri, kami menyediakan kadar parking seperti berikut:
- - RM3.00 untuk jam pertama atau sebahagian darinya
- - RM2.00 untuk jam berikut atau sebahagian darinya
- - RM50.00 tiket hilang (denda) * Kadar bayaran di atas adalah tidak termasuk 6% SST