Muzium Negara dibuka setiap hari, 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Hanya ditutup pada hari pertama dan kedua Raya Aidilfitri dan hari pertama Raya Aidiladha.
Harga tiket masuk ke Muzium Negara adalah seperti berikut:
WARGANEGARA MALAYSIA | |
---|---|
Dewasa | RM 2.00 |
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM 1.00 |
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah | Percuma |
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam | Percuma |
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam | RM 2.00 |
Ahli International Council of Museums (ICOM) | Percuma |
BUKAN WARGANEGARA | |
Dewasa | RM 5.00 |
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) | RM 2.00 |
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun | Percuma |
Ahli International Council of Museums (ICOM) | Percuma |
Lawatan berpandu di Muzium Negara dikendalikan oleh Sukarelawan Muzium Jabatan Muzium Malaysia dalam 6 bahasa. Anda boleh memohon lawatan berpandu secara walk-in (terhad) di kaunter informasi Muzium Negara atau membuat tempahan 2 minggu sebelum tarikh lawatan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan jadual lawatan berpandu, layari laman sesawang Sukarelawan Muzium JMM di https://museumvolunteersjmm.com/mv-tours-at-muzium-negara/.
Untuk permohonan membuat rakaman di Muzium Negara, anda perlu menghantar permohonan kepada Unit Sumber Media, Jabatan Muzium Malaysia. Layari http://www.jmm.gov.my/ms/unit-sumber-media untuk maklumat lebih lanjut.
Menggunakan mod perkhidmatan keretapi, anda boleh menaiki MRT dan turun di stesen Muzium Negara. Atau, boleh menaiki KTM/LRT/ERL/Monorel dan turun di stesen KL Sentral di mana anda perlu berjalan selama 10 minit melalui stesen sambungan ke MRT Muzium Negara. Untuk perkhidmatan bas, anda boleh menaiki bas RED GoKL terus ke perhentian bas Muzium Negara. Jika anda ingin membawa kenderaan sendiri, kami menyediakan kadar parking seperti berikut:
Untuk sebarang maklum balas, anda boleh mengisi borang ini dan kami akan mengambil maklum dan membuat tindakan yang sewajarnya secepat mungkin. Untuk sebarang pertanyaan, boleh emel kepada kami di pr.mn@jmm.gov.my. Kami sangat mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada anda untuk menambah baik mutu perkhidmatan kami pada masa akan datang.
Untuk menderma barang/koleksi lama, anda boleh berhubung terus kepada Bahagian Pengurusan Koleksi, Jabatan Muzium Malaysia di laman sesawang http://www.jmm.gov.my/ms/content/koleksi-jabatan-muzium-malaysia.
Untuk membuat penyelidikan artifak/koleksi, anda boleh berurusan terus dengan Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Jabatan Muzium Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.jmm.gov.my/ms/penyelidikan.
Untuk sebarang gambar beresolusi tinggi untuk kegunaan komersial, anda boleh berhubung terus dengan Unit Sumber Media, Jabatan Muzium Malaysia. Layari http://www.jmm.gov.my/ms/unit-sumber-media untuk maklumat lebih lanjut.
Untuk lawatan sekolah/universiti, sila rujuk panduan di sini. Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh menghubungi 03-2267 1111 atau emel di pr.mn@jmm.gov.my.
Pengambilan pelajar praktikal bergantung kepada keperluan dan kekosongan di Jabatan Muzium Malaysia. Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di Jabatan Muzium Malaysia perlu menghantar resume beserta permohonan rasmi daripada pihak Universiti/Institusi. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.jmm.gov.my/ms/content/pembangunan-modal-insan.
Untuk melakukan penyelidikan/temubual dengan pihak Muzium Negara, anda boleh berurusan terus dengan Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Jabatan Muzium Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.jmm.gov.my/ms/penyelidikan.