Langkau ke kandungan utama
Batuan Aceh

 

Batu Aceh ialah sejenis batu nisan, berasal dari Aceh, Sumatera Utara. Batu-batu nisan ini telah diukir oleh orang-orang Melayu Aceh sejak abad ke 15 hingga 19 Masehi dan tersebar luas hampir ke seluruh Nusantara. Digunakan oleh raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu pada zaman itu. Berdasarkan latar belakang sejarah dan budaya, batu-batu nisan ini wajar dianggap sebagai warisan budaya Melayu yang penting. Bentuk dan ragam hias batu-batu nisan ini adalah gabungan dari kesenian yang wujud di rantau ini. Tulisan yang dipahat mencatatkan tarikh dan nama simati, petikan ayat-ayat dari Al-Quran dan puisi bertemakan kematian. Masyarakat setempat dahulunya menganggap batu nisan ini melambangkan keimanan si mati dan boleh dianggap keramat. Pada masa dahulu keramat berleluasa dalam sosio-budaya masyarakat Melayu, sungguhpun kepercayaan ini adalah syirik dan bercanggah dengan akidah Islam. Kini Batu Acheh ini merupakan lambing kesenian dan warisan sosio-budaya di negara ini.