Langkau ke kandungan utama

Unit Pameran dan Penyelidikan

Pameran dan penyelidikan merupakan medium yang menghubungkan institusi muzium dengan masyarakat dan menjadi salah satu wahana penting bagi Muzium Negara dalam mengekal, mengumpul dan menyebarkan pengetahuan mengenai warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi negara. Pameran-pameran yang dianjurkan merupakan satu cara berkomunikasi dengan pelawat untuk menyampaikan maklumat, idea dan emosi yang berkaitan dengan bukti-bukti material manusia dan persekitarannya, dengan bantuan kaedah visual dan teknik-teknik yang menarik.


Unit Pameran dan Penyelidikan bertanggungjawab dalam:

  • Menetapkan piawaian dan taraf pameran di Muzium Negara mengikut piawaian kaedah dan teknik-teknik pameran muzium;  
  • Merancang, merangka dan melaksanakan pameran sementara bertema di Muzium Negara secara berkala mengikut perancangan yang telah disusun atur sepanjang tahun;
  • Melaksanakan aktiviti penyelidikan sejarah, budaya, pameran dan koleksi di Muzium Negara, dan;
  • Memberikan khidmat nasihat kepada para penyelidik yang melakukan penyelidikan di Muzium Negara.

 

Untuk sebarang permohonan penyelidikan di Muzium Negara haruslah dibuat melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Jabatan Muzium Malaysia. Sila muat turun borang permohonan penyelidikan berikut dan hantar permohonan anda berserta dokumen lain yang lengkap ke alamat emel research.jmm@gmail.com.

•    Borang Permohonan Penyelidikan (Pelajar)
•    Borang Permohonan Penyelidikan

 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:

Cik Darniza bt Daut
Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
darniza@jmm.gov.my
Tel: +603-2267 1000 samb. 333

En. Mohd Syahrul bin Ab. Ghani
Kurator Kanan, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
syahrul@jmm.gov.my
Tel: +603-2267 1000 samb. 366