Langkau ke kandungan utama
x

 

Muzium-muzium di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia akan ditutup pada Hari Raya pertama Aidiladha (27 Mei 2026) sahaja

Muzium Negara

PAMERAN DAN PROGRAM

MENGENAI KAMI

Idea penubuhan Muzium Negara telah dicetuskan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Bangunan ini dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor (1906-1945). Pada masa Perang Dunia Kedua, sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh akibat pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Berikat pada 10 Mac 1945. 

“Banyak sebab2-nya kenapa mustahak di-adakan tempat yang sesuai bagi menggambarkan chara kehidupan kita pada masa yang lepas dan juga pada masa sekarang ini. Satu daripada-nya ia-lah bagi menambahkan kekayaan dalam pelajaran dan kebudayaan. Oleh sebab itu-lah, patek fikir sangat munasabah jika bangunan Muzium ini di-buat dengan chara bentok asli.”

 

-YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama-