Muzium Negara akan ditutup pada hari raya pertama dan kedua (31 Mac dan 1 April) dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada raya ketiga (2 April). Terima kasih.
Idea penubuhan Muzium Negara telah dicetuskan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Bangunan ini dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor (1906-1945). Pada masa Perang Dunia Kedua, sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh akibat pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Berikat pada 10 Mac 1945.