Langkau ke kandungan utama
Nostalgia Ramadan Syawal
-
Muzium Negara

Aidilfitri merupakan sambutan perayaan bagi umat Islam di seluruh dunia. Perayaan ini disambut pada 1 Syawal bagi meraikan kemenangan besar umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan dengan menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang membatalkan puasa, mulai terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Kedatangan Syawal memberikan kegembiraan kepada umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, sambutan Syawal lazimnya berlangsung selama sebulan. Ketika ini, umat Islam mengambil peluang untuk saling bermaafan dan menziarahi antara satu sama lain bagi merapatkan ikatan silaturahim.

Imbau kembali nostalgia menyambut perayaan ini dengan mengunjungi Pameran Nostalgia Syawal Ramadan di Dewan Tengah Muzium Negara bermula 21 Mac hingga 21 April 2024. Hayati pelbagai koleksi alat memasak tradisional yang pernah digunakan suatu ketika dulu serta variasi jenis makanan yang dihidangkan ketika musim perayaan. Nantikan juga pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan bersempena dengan pameran ini, sesuai untuk semua peringkat umur!

Nostalgia Ramadan Syawal